Isnin, 7 Mac 2016

KEENAKAN MAKANAN ITALY


Kalau kita suka kan sesuatu makanan tu, kita kenalah ambil tahu jugak tentang dia punya asal usul ke, cara masak dia ke or whatever la, asalkan kita ambil la tau sikit, at least, drpd tak tahu langgsung kan. Jangan la pulak yang kita tahu, hanyalah makan makan dan terus makan.Meh sini saiya mahu share sikit pasai makanan itali nii. Sikit je la eakkk.....

Masakan Eropa salah satunya di Italia, menjadi sangat terkenal karena masakan asli sana memiliki asal-usul yang unik dan rasanya berbeda dengan masakan lainnya. Konon katanya, menu-menu masakan di Italy yang masih nge hits hingga kini merupakan masakan yang diciptakan untuk sebuah perayaan atau pertanda setelah mengalami perang atau masa sulit, sehingga para wanita harus menyiapkan masakan-masakan yang lezat.



pizza supreme...korang mesti suke...


crabmeat pasta...pun suke juge..


masakan clams gaya italian...


Masakan Itali

Bile sebut aje masakan itali mesti secare automatic korang terbayang kan keenakan pelbagai jenis pasta , pizza , lasagna dan sup seperti minestrone ,mussel soup, clam soup mahupun lentil soup.
Kebanyakan Bahan asas dalam masakannye juge agak mudah disediakan, korang mesti tau punye.. buah tomato.sama ada di masak / direbus sendiri atau beli aje tomato cans kat pasaraya, sama aje.
Berbalik kepada ape yang ingin saiya kongsikan, iaitu masakan itali- bermula dengan masakan berasaskan sayuran , sup , sauce untuk pelbagai jenis pasta , Pasta dan nasi ( bahagian utara dan selatan itali mereka gemar makan nasi ), gnocchi dan polenta- termasuk pizza , masakan daging , salad ,kek , biskut ,manisan dan roti itali- seperti ricotta kek ,, siena kek , panettone, biskut anise ,amaretti, Florentines ,cannoli , Sicilian cheesecake , cassata , lemon gelato dan bebrape lagi kategori ekstra yang akan bie kongsikan dalam blog ni.. InsyaAllah… selagi terdaye cewah! Jadi korang kena alert dan rajin-rajin lawat blog bie ni.. so sweet : )


ni dessert itali... yang popular Tiramisu

Jadi untuk menunaikan janji resepi itali yang pertama akan bie kongsikan..ialah dari kategori kek iaitu “ SICILIAN CHEESECAKE”, mesti korang ingat bie nak sharingkan resepi pasta dulu…kan, pasta dah biase ape kate bagi laluan dulu pula pada kek keju iniyang amat popular dan berasal dari Sicilia… disebabkan bie pernah sampai dan tinggal di sicilia cewah… walau sebulan aje heee , dengan rasa hormat dan sukacita nak kongsikan ilmu kek keju mereka kepada korang iaitu untuk anda semua yang budiman.

Jeng Jeng Jeng !

Istimewanya kek keju Sicilian ni tak perlu dibakar atau bake.. cukup mudah!


RESEPI SICILIAN CHEESECCAKE

Bahan Base :

190 gm Biskut Coklat ( tak kisah ape brand- oreo / cream o dan sebagainya )
90 gm Mentega

Bahan Filling :

625 gm Keju Ricotta ( mesti gunakan keju ricotta – bahan penting Sicilian cheesecake )
1 cawan Gula Aising
1 sudu kecil Vanila pod atau Vanilla esen pun boleh
2 sudu besar Crème de Cacao ( kalau korang tak ade boleh abaikan )
60 gm Coklat Gelap / Dark chocolate
2 sudu besar Buah-buahan glaze dicincang ( kulit limau , ceri , mangga dan sebagainya – kalau korang tak ade juge boleh gunakan buah kering sepeti pic , fig atau prune tapi perlu dicincang.
60 gm Coklat gelap / dark chocolate untuk hiasan
½ cawan Whipping Cream


Cara Membuat :

Base kek

1.Kisar Biskut coklat , dalam mangkuk campurkan mentega yang dicairkan, gaul sebati kemudian padatkan didalam rim kek bersaiz 8 inci.pastikan betul-betul padat. Apabila telah pasti padatnya simpan dalam peti sejuk sementara kite siapkan bahan untuk filling.Boleh gunakan senduk atau sudu dengan menekan biskut sehingga padat.

2.Satukan keju ricotta , gula aising , vanilla dan crème de cacao , pukul sehingga ringan dan gebu ( fluffy )

3.Coklat gelap perlu di parut halus, masukkan coklat gelap yang telah diparut bersama Buah-buahn glaze yang telah dicincang ke dalam adunan .pukul sehingga bahan sebati.

4.Gunakan spatula atau sudu pun boleh ,masukkan adunan kedalam rim ( base biskut coklat ).Kemudian sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam atau sebaiknya semalaman. Apabila hendak dihidang , korang perlu ppukul whipping cream sehingga menjadi cream, sapukan diatas permukaan kek keju sicilai ni, akhir sekali taburkan dengan coklat gelap di atas permukaan kek. Siap … mudah kan.
Orang sicilia memang suka makan kek keju tanpa dibakar atau baked.Inagt mesti gunakan keju ricotta.

resepi asal :chefgunawanmalaysia.blogspot.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan