Selasa, 8 Mac 2016

CHURROS IS THE BEST

Haritu masa balik kg, cuba tengok tv,, yela kalau kat rumah sewa, tv nye colour merah, so memang tak puas hati la bila tengok, tapi itu  je yang ada, tu kami satu rumah sewa besyukur drpd tadak, tetiba je kan. Sebenarnya nk cakap yg churros ni sedaaapppp.. Cubalah kalau tak caya.



CHURROS

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
15 gm butter
1 sudu besar gula halus
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Untuk salutan
sedikit gula halus

        1 sudu teh serbuk cinimon ( kayu manis )                                                                                 


COKLAT SOS

60 ml heavy cream atau tick cream ~ kalau nak lagi cair lebihkan 100 ml
10 gm syrup glucos ~ optional
100 gm dark choc
1 sudu besar Hazelnut paste atau Nutella








Cara buat churros:
  1. Mula-mula satukan air, gula halus, garam dan butter ke dalam periuk, masak hingga mendidih.
  2. Sambil menunggu air mendidih, ayak tepung gandum bersama baking powder.
  3. Bila air dah mendidih, tutup api dan masukkan tepung tadi sedikit-sedikit sambil tangan sebelah mengacau terus adunan supaya tepung tidak bergentel-gentel.
  4. Bila dah lembut, masukkan telur dan esen vanilla, terus kacau sampai adunan likat.
  5. Biarkan sejenak dan bersiap panaskan minyak dengan api sederhana.
  6. Sediakan nozel bintang dan letakkan doh ke dalam piping bag.
  7. Bila minyak sudah cukup panas, paipkan doh dalam kuali dan gunting panjang mana kita suka.
  8. Goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhan.
  9. Tunggu hingga berwarna kuning keemasan dan angkat.
  10. Letakkan ke dalam bekas yang berlapik kertas tisu untuk serap minyaknya.
  11. Gaul churros ke dalam gula dan serbuk cinimon (kayu manis) semasa ia masih hangat, bila dah sejuk susah lekat dah di churros tu.
Cara buat sos coklat churros:
  1. Gaul heavy cream dan syrup glucos, lalu masak hingga timbul buih kecil di tepi periuk.
  2. Angkat dan tuangkan di atas coklat cincang
  3. Tambahkan Hazelnut paste atau Nutella dan gaul hingga rata.
  4. Churros dan sos coklat sudah sedia dihidangkan.



  bahan-bahan yang diperlukan seperti dalam senarai

STEP 1


STEP 2


STEP 3



Korang cuba buat dan rasailah sendiri perasaan nya tuhh,, bahagia nya bila benda yang kita buat tu menjadi dan sngt sngt sngt bahagia, haha.. Belum cuba belum tahu, da cuba baru tahu. Tapi nnt misal kata, first time buat tak jadi, ingat ,, jgn sesekali give up nk cuba lagii, hehe











Tiada ulasan:

Catat Ulasan